kadang2 bile nk keluar rumah dgn 'dia'aku rase malu... apelah dosa dia... aku pun dah tak lalu nk kuar ngan dia... masa mula2 dulu, nmpak cantik.. tapi sekarang... mcm dah x cukup masa nk urus diri... dulu perangai dia lembut, bikin hati ini selesa.. tapi skang, bila aku cuba nk mesra dgn dia, dibalasnya kasar... smpai naik sakit kaki aku...
sedar x sedar, dah setahun dgn dia... kadang2 rase kami perlu berpisah... tapi usia hubungan kami yang setahun tu buat aku sayang ngan dia...
satu hari, pada musim cuti sekolah, sekolah ada buat lawatan ke kl.. aku dan beberapa orang kawan lagi berpakat nk pegi same2 dan bawak 'ehem2' masing2... so pada mlm itu, semua org pakat bawak masing2.. termasuk la aku... aku tgk yg lain tu xde la sehebat mane tapi aku tgk diorangmcm selesa, dan gembira je... cemburu tu cemburu la jugak... so mlm itu ketika mereka bermesra dgn masing2, aku cuma tidurkan dan ketepikan dia... aku tak tahu kami boleh bertahan smpai mana...
soknye, kami ade singgah kat time square... kami bjln ramai2 pastu berpisah dgn pasangan masing2.. satu perkara yang aku x sanggup lakukan dan yang aku sendiri x percaya aku boleh buat telah terjadi...
kami telah masuk ke sebuah kedai... kat kedai tu.. ramai yang cantik seperti dia... rambang mataku melihatnya... asalnya, niat ku hanyalah untuk mencuci mata.. tapi 'DIA' telah mencuri perhatian ku...
dirinya bukanlah menonjol sangat... dia mempunyai 'kulit' yang hitam tapi cantik... cincin2 yang menghiasi dirinya menambah keunikan yang ada pada dirinya.. dan sememangnya aku x boleh tahan terhadap tali putih yang digunakan untuk membebat tubuhnya.. alangkah baiknya jika hujungnya dibuat seperti riben... mulutnya cantik... sepadan dengan aku... bahagian bawah tubuhnya cantik dan menggiurkan.. curve yang dimilikinya mmg sempurna.. walaupun cuba disembunyikan, tapi memang ternyata amat mudah utk menikmati susuknya...
aduh... sakit kakiku... ini memang angkara 'dia' yg cemburu... baiklah.. sememangnya aku x boleh mengelak lagi... perkara ini perlu diselesaikan... aku beritahu dia perkara yang sebenar dan masalah yang melanda kami... perihal ini sememangnya dah diketahui oleh dia namun, cuba dielakkannya... saat itu, aku tahu 'dia' ingin sangat menitiskan humur yang ada pada matanya, tapi dia cuba untuk bertahan... aku hanya mampu bertunduk... aku masih lagi sayangkan dia tapi inilah cara yang terbaik... dgn ini, kami x akan lagi makan hati apabila masing2 cuba sakitkan hati sesama kami...
di saat itu, terpisah lah kami secara rasmi...
dan pada malam itu, aku curi keluar (fly la kata orang....) ke tempat yang sama aku jumpa DIA di kedai tu... syukurlah dia ada di situ... walaupun malu, aku tetap meneruskan usaha aku memikat DIA... setelah sedikit komunikasi cara kami, kami dapati sememangnya kami sepadan... dan mlm itu jugak, dia mengikut ku kembali ke tempat kami menginap... di sana, kawan2ku melimpahkan pujian ke atas DIA walaupun aku tahu ade yang cemburu... dan aku juga terpaksa elakkan drpd berjumpa dengan 'dia' sebab aku tak mahulah terukkan keadaan.. sbb benda ni terjadi pada hari yang sama kami berpisah...
Malam itu juga kami spend bersama-sama...
Dan setelah hampir dua tahun kami bersama, kami x pernah rasa lagi perasaan tak selesa apabila bersama. tak dinafikan pada awalnya perasaan kekok tu ada, tapi lama kelamaan kami mula memahami... tapi dialah yang lebih memahami dari aku... dia sentiasa memberi ruang keselesaan pada aku... dan dia x mudah cemburu... dan juga, walaupun dia x lah cantik sangat seperti dahulu, namun dia masih tetap kusayang... aku juga sering hadiahkan dia dgn tali yang baru agar dia x berasa rendah diri bila bersama ku...
kasih sayang kami telah kami bawa ke mana-mana sahaja kami pergi bersama... ketika keluar berlibur, beriadah, ketika melancong... dan saat yang paling manis buat aku dan dia ialah kami berdua telah bersama-sama meletakkan jejak kami di Melbourne, Australia...
dia ialah...
eskrem chenta pada kasut converse dia~