Seperti kalian sedia maklum, 4 Julai lepas aku telah pun mendaftar di Kolej Cendana Seksyen 6. Seperti biasa, semua pelajar akan melalui minggu penyesuaian atau orientasi atau kalibrasi atau di sini, digelar MINGGU MESRA SISWA [MMS]
Rasanya sama saja dengan orientasi-orientasi di universiti lain. Pasti memenatkan tapi berguna di masa depan kelak.
Mungkin sebab benda ni pun dah lapuk, dan orang pun dah jemu nak baca pasal ni.
Tapi terdapat satu isu yang diketengahkan ketika berlangsungnya MMS.
Khusus untuk para blogger.
Pernah terjadi satu kes, terdapat seorang pelajar INTEC telah memburuk-burukkan staf INTEC di dalam blognya. Perkara ini walaubagaimanapun telah dapat diketahui oleh pentadbir INTEC. Akhirnya, pelajar tersebut telah digantung dan ditarik balik penajaannya.
Brutal pula dengar. Tapi memang benar. Even a simple mistake could lead to another bigger mistake. Biasalah insani normal kan, tak terlepas dari melakukan kesalahan. Kadang-kadang kita diberi peluang membetulkan kesalahan, dan kadang-kadang tiada peluang diberi untuk membersihkan kesilapan.
Jadi, intisarinya kita perlu berhati-hati dengan apa yang kita keluarkan dari mulut, jari dan segala macam lagi saluran dari jasad kita. Sometime, they just slip out of our fingers, us blogger. Jadi lepas ni, tak payahlah nak lepaskan semua yang terbuku dalam hati dalam entri blog. Ada benda boleh dikongsi, ada yang tidak.
Itu sajalah yang nak dipesan buat rakan-rakan blogger... Jangan sekali-kali mengkritik penaja anda, tempat anda belajar khususnya sebab mereka mungkin tak dapat menerima kritikan anda tu.
"Eh, tu hak bersuara saya la... Ape saye cakap benda betul ape"
Memanglah kita berhak bersuara, tapi biar pada saluran yang betul. Biar jadi gentleman, beradab. Apa barang komplen di blog... kan kan kan? :)