3 Julai bakal menyaksikan bertolaknya aku bersama keluarga ke Shah Alam.
"Barang semua dah ada ke? Beg dah cuci? Borang-borang dah lengkap?"
Ayat tipikal bagi mereka yang prihatin pada diriku. Terima kasih banyak-banyak.
Dari segi luaran, Alhamdulillah... 90% sudah siap.
Tapi dalaman macam mana? Terus terang mengatakan tiada terbuka lagi hati ini bagi menyambung pelajaran. Kadang-kadang rasa cemburu juga melihat kawan-kawan seangkatan dah mulakan kehidupan dunia baru di kolej. Nampak busy saja mereka itu. Padahal, baru awal pengajian.
Berbalik pada soal hati dan perasaan, saya lebih berkenan pada anak dara pakcik Fa... eh, ke situ pula. Tak.. sebenarnya saya sekarang ni diselubungi kepulan-kepulan asap dan aroma berunsur kemalasan. Bayangkanlah, hendak bangun ambil minuman pun sudah tak larat. Ditambah lagi dengan oksida-oksida karat di otak. Terlalu kuat gegaran yang diperlukan bagi menggugurkan selaput di otak nan merah jambu itu.
Banyak persoalan muncul di benak.
Bolehkah aku tamatkan pengajian AUSMAT ni dengan jayanya?
Apakah kehidupan di kotaraya metropolitan itu akan menggugat tumpuanku?
Bagaimanakah dengan orang di sekelilingku?
Adakah aku mampu menjadi ikan seperti di lautan yang isinya tak rasa masin walaupun terendam 24/7 dalam air garam berkonsentrasi tinggi?
Bagi mendapatkan motivasi, aku singkapkan semula nostalgia 2 tahun sudah. Ya, kemasukan aku ke sebuah sekolah berasrama penuh di bandaraya klasik Kangar. Persoalan sama juga muncul. Persekitaran menjadi serba baru. Macam-macam di fikiran. Eee, dah lah sekolah tak femes. Tambah-tambah lagi pada masa itu baru saja meningkat keremajaan. Akhirnya risiko diambil.
Akhirnya, alhamdulillah, aku berjaya melepasi waktu yang sukar itu. Memanglah tak berapa sempurna sangat sepanjang berada di sana, tapi biasalah; ada turun, ada naiknya. Yang penting ialah cara menghadapi dan menyelesaikan masalah itu.
Dan aku percaya, di tahap ini juga perkara yang sama akan berulang. Cuma lebih sukar dan semakin sukar. Peluang tiada banyaknya. Manfaatkan selama mana boleh. Dulu peluang selalu saja datang ketuk pintu. Sekarang tak dah.
Dengan pendirian baru saya ini, saya akan membenarkan kawan-kawan saya di INTEC untuk menegur saya secara langsung atau call mak/abah saya di rumah apabila melihat saya malas belajar atau menangguh kerja. Ini serius.
Tapi apa yang penting, walau di mana-mana sekali pun, positiviti itu penting. Memanglah nampak terlalu idealistik, tetapi itulah yang mendorong seseorang itu mencapai matlamat hidup.
Baiklah, sampai di sini saja penutup bagi musim penantian ini. Nantikan season seterusnya berkisarkan kehidupan saya di INTEC dan cita-cita murni. Pastinya lebih gagah, matang, penuh onak berduri dan lebih umpph!
OK lah, saya mahu sambung perkemasan bagasi. Assalamualaikum~
Tanggal baju dan seluar,
Wawa nampak mata jadi celik,
Esok awal pagi dah kena keluar,
Moga selamat pergi dan balik.

6 comments:
jmpe kt kolej cendana, pal..
welcome my junior, welcome to intec.. hehe
btw, korang punye mms smpai ari jumaat, selamat menempuh mms dgn jayanya ye..
Welcome to the new world!
eh... warga ausmat jugak.. c u there.. ^^
All the best bro! Ausmat ko boley punye!
ouh ausmat ke..
sye MEP.salam perkenalan :))
Post a Comment