"Comel kan? Muka macam saya la.."
Assalamulaikum wbt...
Hari ini, saya dengan segan-silunya ingin berbicara tentang
ANAK.
Berdasarkan asas pemikiran Islam, insan atau manusia ialah makhluk yang boleh berfikir, boleh menerima ilmu pengetahuan dan berkehendak. Manusia adalah
sebahagian daripada makhluk Allah SWT,
berketurunan Nabi Adam a.s.
dan dijadikan daripada tanah,
mempunyai akal fikiran,
nafsu
dan naluri
untuk melakukan sesuatu.
Cukuplah mengenai takrif itu saya sentuh.
"Sesungguhnya Kami telah mencipta manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya". Surah al-Tin, ayat 41.
Rasanya para pembaca sekalian pasti dah tahu kan keistimewaan diri kita sebagai makhluk terbaik dari segi kejadian. Jadi tak perlulah saya ulas lebih lanjut.
Kejadian Insan
Sesudah itu, mari kita lihat pula bagaimana proses kejadian manusia berdasarkan AlQuran.
Sila rujuk Surah AlMukminun ayat 12-14
Semuanya bermula di peringkat 1. nutfah ; percantuman sperma(benih) lelaki dengan perempuan
2. Alaqah iaitu setelah 40 hari kemudian nutfah akan menjadi segumpal darah iaitu alaqah(janin)
3.Mudghah; proses seterusnya selepas 40 hari alaqah berubah menjadi seketul daging(mudghah)
4. Pembentukan tulang dan daging; daging akan membaluti tulang dan membentuk lembaga manusia.
5. Allah SWT tiupkan roh ke dalam tubuh janin ketika usia 4 bulan.
6. Apabila genap tempoh 9 bulan 10 hari, bayi akan dilahirkan ke dunia oleh seorang wanita kuat yang sudah lali dengan keperitan. Selamat Hari Ibu...
Begitulah hebatnya proses kejadian manusia yang diceritakan dalam Kitab Allah SWT.
Berikut, kita singkap pula bagaimana Islam memuliakan kelahiran zuriat.
1. Sebarkan khabar gembira
Kelahiran bayi merupakan satu khabar gembira bagi setiap insan.
Seperti dalam sirah peribadi agung Nabi Muhammad SAW, kita dapat lihat bagaimana Thuwaibah, hamba kepada Abu Lahab yang menyampaikan berita keputeraan Rasulullah SAW kepada majikannya.
" Telah lahir seorang anak lelaki daripada Abdullah"
Maka Abu Lahab pada ketika itu dengan serta-merta memerdekakannya kerana terlalu GEMBIRA.
FUHHH....
2. Azan dan iqamat.
Tidak cukup dengan kegembiraan yang dibawa, Islam mensyariatkan pula agar azan dilaungkan di telinga kanan dan iqamat di telinga kiri.
Hadis riwayat Abu Rafi',
"Abu Rafi' berkata: "Saya melihat Rasulullah SAW membacakan azan pada telinga kanan Hasan bin Ali yang baru dilahirkan oleh Fatimah" [Hadis Riwayat Muslim (2145)]
Rasionalnya, kalimah-kalimah terucap disifatkan sebagai ucapan pertama yang meresap ke dalam hati insan yang baru lahir. Ia juga merupakan satu pernyataan syariat yang berperanan mendahului dakwah syaitan terkutuk dan mengekang arus nafsu syahwat.
3. Tahnik
Tidak cukup dengan itu lagi, Islam memuliakan kelahiran zuriat dengan menganjurkan tahnik iaitu memecah mulut bayi dengan makanan manis seperti tamar/kurma yang telah dikunyah.
Antara hikmahnya adalah untuk menguatkan saraf mulut bagi mempersiapkan bayi berkenaan untuk menghisap susu dengan sempurna.
4. Memberikan nama yang baik.
Selepas itu Islam menuntut pula untuk menamakan anak mereka dengan nama yang baik dan elok. Antara nama yang digalakkan adalah seperti nama-nama nabi, nama-nama yang diambil dari Asma'ul Husna dan nama-nama para sahabat.
5. Akikah dan bercukur rambut
Kadang-kadang diadakan sekali majlis akikah dan bercukur rambut. Semuanya memupuk perkara yang baik-baik kepada individu dan masyarakat. Hebat kan kebahagiaan yang dibawa oleh seorang bayi...
kalau secara halal...
TAPI TAPI TAPI
kasihan kan tengok gambar-gambar di atas...
Inilah akibatnya apabila semua benda dibuat secara haram.
Zina berleluasa dalam masyarakat.
Parah masyarakat kita. Kesian.
Masa buat tak ingat dosa, siap buat rakaman lagi tu. Tambah dosa orang lain pulak.
Mana khabar gembira untuk orang lain? Apakah kehadiran ku di dunia ini tak diperlukan?
Mana laungan azan di telinga kanan ku? Mana kalimah qamat kepadaMu?
Mulut ku tawar, hambar. Berikan aku sesuatu yang manis!
Siapa ibuku? Siapakah nama ku? Dengan siapakah aku ber'bin'kan?
Alamak! Aku terlepas majlis akikahku sendiri!
Astaghfirullah al azim...
Kan bagus kalau semuanya dibuat secara halal....
Kelahiran bayi sebagai penghubung jambatan kasih suami isteri adalah suatu rahmat Allah SWT yang tidak ternilai harganya. :)
"Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim... Jauhkanlah hamba lemahMu ini dari zina"
- Shamiza Amira, senior saya di SMK Dato Onn Butterworth.
"Aus mat huh? Heard aus mat is like dragging yourself to the slaughterhouse (exaggeration if you will)."
- Ida Ruhidiba, bekas guru Bahasa Inggeris saya di SMSTSP.