Untuk ku terus bermimpi
Mataku belum mengantuk lagi
Bawa ke mana sahaja kupergi"
Tunjukkan ku bulan gerhana
Tiada siapa nak ku jumpa
Benda yang tiada ku sangka ada
Tak mengapa oh tak mengapa
Sesat. Hilang. Lenyap. Sirna.
Semua ada.
Peninggalan yang dibuat semua tinggal tanda tanya.
Sebenarnya saat itu timbul kemaluan, aib.
Dulu beria-ria menyampaikan.
Tak disangka-sangka. Tak istiqamah.
Haih...
"Malam semalam gundah gulana
Hari ini hari mulia
Tak pernah daku rasa begini
Seperti mati hidup kembali"
Aku tak mampu menjawab apa-apa, rakan...
Hari-hariku; aku penuhkan dengan gundah-gulana buatanku sendiri.
Kenapa?
Sebab aku takut tak macam dulu, gentar. Apakah mereka masih dapat menerima aku seadanya? Orang lain berjaya mengikuti trend pem-blog-an terkini tapi aku rasa sedikit jahil. Aku terlalu memikirkan pendapat orang lain.
Tapi tapi tapi
Muncul rakan sebayaku tanpa kuduga
Almaklumlah, sibuk dengan orang Penang,
Sungguh sopan sekali tegurannya. Tersusun ayatnya. Sejuuuuk perut.
Memberi kata-kata peransang. Begitu subliminal.
Alhamdulillah, terbit sesuatu dari sudut hati
hendak mengemaskini blog ini.
TERIMA KASIH, ANAS.SAIFUDDIN
"Bawakan kuhilang dari ingatan
Hari ini sehingga esok
Tak pernah daku rasa begini
Seperti mati hidup kembali
"Angkasa penuh dengan berlian
Kucapai sebelah tangan
Sebalik awan ada cahaya
Bercahayalah selamanya"
Jadi, aku memohon maaf kepada rakan-rakan yang mengikuti blog usang ini kerana dibiarkan gersang terlalu lama.
*melankolia seketika*
Kupohon agar kalian lupakan kisah lama dan bersedia menghadapi perkara baru.
Rasa hebat dapat menulis kembali.
Kupohon juga agar kalian mendoakan aku supaya tetap pendirian dan sentiasa istiqamah. Respons kalian amat aku hargai. Teruskan menyokong saya!!!
"Daku tertawa seorang diri
Darah yang mengalir terhenti
Fikiranku melayang-layang
Tiada siapa yang perasan"
comel kan Pocoyo saya?
Rasa bangga dapat meneruskan legasi ini >.<~!
*Lyrics are from the song Mati Hidup Kembali by Butterfingers. Credits. And merits.
No comments:
Post a Comment