Monday, May 10, 2010

Season 1 Ep.2 : Alam Dewasa

Assalamualaikum wbt.

Semoga kalian berada dalam keadaan sihat dan dilimpahkan dengan rahmat kurniaanNya.


1. PROGRAM MATRIKULASI KPM

"Tahniah, anda telah berjaya ditawarkan ke Program Satu Tahun(PST) Matrikulasi KPM"
Kolej Matrikulasi Kedah. Kodiang, Changlun.
Aliran Sains
Daftar pada 10 Mei 2010

Petikan di atas membincangkan tawaran ke program matrikulasi atau lebih 'familiar' dalam kalangan lepasan SPM sebagai Matric.
ramai rakan saya ada di situ.
Baik dari SMKDOB dan SMSTSP.

Tapi tapi tapi

ketika saya sedang memupuk minat hendak ke situ,
tiba-tiba keluar pula ini...

2. UPU(IPTA)

TAHNIAH!

Anda telah berjaya ditawarkan program pengajian seperti berikut :


KOD PROGRAM : M0010

NAMA PROGRAM : ASASI SAINS HAYAT

IPTA : UNIVERSITI MALAYA (UM)



Dilemma datang menyerang lagi
=.="

Ada kawan excited nak pergi.
Ada kawan tak nak pergi langsung.

Pro dan kontra.
Situasi menang-menang.
Semua dah buat.
Akhirnya istikharah menjadi penentu.
Jadi saya berkeputusan akan mengikuti pengajian di Universiti Malaya.

Muktamad???

Belum... belum lagi...

3. JPA/MARA

Main tarik tali.
Penantianmu satu siksaan duniawi.
Macam-macam tarikh ada dengar.

12? 14? 17?

Yang pasti minggu ke 3 Mei.
Ikut kalendar lumba kuda, ya. Minggu ni yang ketiga.

Keputusan?
"Kalau kau mahu dan usaha kuat, kat mana-mana pun boleh"

Jadi saya berkeputusan akan menunggu JPA.
InsyaAllah...

eSILA, eSILI, eSILU.
Wa tunggu sama lu!


Semoga tuah menyebelahi anda kepada rakan-rakan yang dah mendaftar di matrik hari ni. Saya sentiasa mendoakan kecemerlangan anda~! Jangan risau-risau dan buat yang terbaik!

3 comments:

AiNuDdIn Kun said...

lol...sama la kita tolak matrik..haha...

mengikut al fakhrina..result kuar 14 hb..17 hb tu result mara...

huhuw..harap geng2 yang pi hosp seberang jaya semua dapat la biasiswa tuh...=P

Mokhzani.Ismail said...

amin~

Anonymous said...

eskrem..
sy juge dapat asasi sains hayat um.
dan stil menanti, jpa. huhu.
juga doakan utk sy ! ;)