Monday, June 28, 2010

Season 2 Ep. 12 : Again


Now, it's Khalid Hosseini again...
:)



ish, sempat ke nanti2 nak baca ni?



TAGGED : Addiction

Thanks for the tag, Azim Jalil.

62%How Addicted to Blogging Are You?

Created by OnePlusYou - Free Dating Site



Now, I want to tag...

.
.
.


EVERYBODY WHO READS THIS CRAP.

Dah dah jangan tipu... Tipu dose... :)

Saturday, June 26, 2010

Season 2 Ep.11 : Berihsan Terhadap Makhluk Sealam

tadi saja2 search video pasal kucing dekat youtube, and this video came out.



My heart was very moved watching this. Buat keturunan pembela kucing macam aku ni, mmg diakui hati sangat mudah meruntun kalau2 tgk binatang comel ni. Rasa macam nak gomol2 je diorg tu. Disebabkan tertarik dengan kisah Hero ni, aku pun berminat pula nak masuk ke blog Tuan dia. Di bawah ni antara petikan dari blog beliau. Hayati


~~Al-Kisahnya Aku Dan Hero~~

Pada satu hari di bulan Mei 2005 pukul 2pm di satu tempat ( saya baru sahaja berpindah ke tempat ini ), saya telah singgah di sebuah kedai runcit untuk membeli air. Setibanya di kedai, saya ternampak ada sekumpulan orang telah berkerumun di depan kedai tersebut. Apabila saya menjengah, saya ternampak HERO terbaring tanpa kaki hadapan dan dalam keadaan yang tercungap-cungap. Juga terdapat darah yang banyak keluar dari tempat lukanya.

Saya sempat bertanya kepada tuan kedai apa kena dengan kucing ini? Tuan kedai tu cakap dia pun tak tahu. Lepas itu, ada seorang budak lebih kurang umur peringkat awal sekolah menengah mencelah dan berkata dia ternampak ada seorang lelaki yang menaiki kereta telah membuang HERO di tepi longkang berhampiran dengan kedai runcit tersebut sambil berkata kucing ni bawak sial, selalu curi makanan kat kedai dia. Ini menunjukkan HERO didera di tempat lain dan dibuang di tempat lain.

Tanpa berlengah, saya terus ambil HERO dan masukkan ke dalam bakul motor untuk dibawa pulang. Aku sempat balut dia dia dengan jaket motor aku untuk hentikan pendarahan, Malangnya, aku tak cukup wang untuk membawa HERO ke klinik. Pada saya, kalau dia nak mati, biarlah di rumah saya...saya tawakal jer ketika itu...saya terkilan kerana tak dapat merakam keadaan HERO pada masa itu kerana pada tahun 2005 handphone berkamera masih baru diperkenalkan dan harganya agak mahal. Aku pula baru sahaja 2 minggu bekerja dengan company baru ni. Aku tak mampu nak beli handphone berkamera. Aku hanya memakai hanphone NOKIA 3310 pada waktu itu. Ketika itu, aku masih bujang. Tambahan pula wang perlu dikumpul untuk perkahwinan aku yang bakal menjelang 3 bulan lagi ( Ogos 2005 )

Lepas sebulan lebih merawat HERO, dia semakin pulih ( saya pun hairan ) dan dengan gaji pertama saya, saya gunakan untuk membeli handphone berkamera Sony Ericsson K700i. Cara saya merawat HERO saya tak nak ceritakan di sini sebab saya tak nak ingat lagi perkara tu. Tak tau berapa banyak air mata aku dah keluar. Jadi, klip yang anda lihat selama ni menunjukkan lukanya sudah hampir sembuh. Aku agak terkilan sebab tak dapat rakam lukanya pada peringkat awal. Aku cerita skitlaa keadaannya....Keadaannya macam ayam golek. Dia tak boleh baring ke kiri dan ke kanan. Kejap2 bergolek...kejap2 bergolek... Buang air besar dan kecil mengiring..nak letak dalam kotak salah, nak letak kat lantai pun salah...last2 aku letak atas tilam bujang...hu hu hu...tilam tu aku da buang da....

So, selepas HERO sembuh sepenuhnya, begitulah keadaannya seperti yang anda tonton dalam klip itu hingga sekarang. Sebenarnya, ceritanya panjang lagi dan aku tak nak ingat lagi kisah tu. Tak penting pun. Sedih lagi ade la..

Moral of the story :

1 ) Aku bukanlah hero atau wira seperti yang diperkatakan. Aku pun manusia seperti korang gak. Bezanya Allah telah amanahkan aku untuk menjaga HERO.

2 ) Aku sendiri tak tahu siapa yang buat kerja keji ni. Budak tu ada bagi tahu bangsa apa tapi aku diam jer.

3 ) Aku pun tak tahu lelaki tu dari restoran mana apatah lagi kenal.

4 ) Aku hanya jalankan tanggungjawab aku. Bela HERO sampai ke akhir hayat aku atau dia.

5 ) Aku dapat anak sulung kembar seiras tak disangka2. Comel plak tu. Mungkin ini satu anugerah dariNya akibat menjaga HERO.

6 ) Aku dapat isteri yang aku idamkan.

7 ) Tiap kali aku ditimpa kesusahan, pasti ada yang datang menghulurkan bantuan.

8 ) Dulu aku tak pandai berbelog...Facebook pun takde lagi masa tu...kalau ada pun mungkin aku yang tak tahu...video HERO aku da upload kat youtube dah lama dah. Sebelum KAKIMOTONG ni wujud lagi. Tapi takde sape yang ambil tahu pun. Kerja sebagai kontraktor memang takde masa nak berbelog. Pada September 2009 barulah KAKIMOTONG ni wujud, itupun ntahapehapentah. Aku banyak belajar dari KAIZEN.

9 ) Video yang aku buat ( Namun Ku Punya Hati ) bukan untuk komersil. Ianya adalah lahir dari hati aku sendiri yang amat sayangkan HERO dan juga sebagai kenangan antara aku dan HERO.

Selepas ini, sesiapa yang nak menulis artikel tentang HERO, bolehlah direct copy cerita di atas dan jangan cerita lebih2. Cukuplah dengan gambar atau videonya sahaja.


So that was the story. Ini ada beberapa kisah menarik tentang kucing:

Abu Hurairah r.a. sendiri digelar dengan nama tersebut juga kerana kasih sayangnya kepada kucing. Dan pernah suatu ketika, Rasulullah s.a.w. bertanya akan sesuatu yang berada dalam lengan bajunya. Sesuatu itu tentu sekali kucing yang merupakan kegemarannya.

Rasulullah s.a.w. sendiri menyayangi kucing. Ada suatu cerita mengatakan bahawa ada seekor kucing tidur di serban baginda tetapi Rasulullah s.a.w. tidak mengangkat pun kerana kucing itu sedang tidur. Juga di lain cerita, Rasulullah s.a.w. pernah memotong lengan baju yang menjadi tempat tidur kucingnya yang bernama Mueezza. (Info ini saya dapat daripada blog salah seorang hamba Allah s.w.t.)

Tuesday, June 22, 2010

Season 2 Ep. 10 : Persediaan


Assalamualaikum

Lama dah tak update blog ni sejak pergi ke Kelantan hari tu. Rasa malas la pulak.
By the way, this is only a short and simple udpate.

Surat dari JPA dah sampai ke rumah. Ya, saya akan berdaftar di INTEC pada 4 Julai ni.
Tapi sebelum tu banyak la pulak benda nak kena fill up. Fed up saya.

Barang-barang pun entah mana hala lagi.

I just don't know where to start. Somebody please guide me?



Wednesday, June 9, 2010

Season 2 Ep.9 : Guru? Saya?


Seperti yang saya post-kan di laman profil Facebook saya,
ya, saya akan menjadi seorang tutor mengajar kelas tambahan Matematik untuk sehari kepada pelajar-pelajar yang akan mengambil UPSR tahun ini.

Hal ini terjadi sebab mak saya minta tolong saya ajarkan dan tunjukkan kepada pelajarnya cara menjawab soalan matematik. Selain itu, dengan resume saya yang kononnya sedikit memuaskan itu, saya juga diminta untuk memberikan inspirasi kepada pelajar-pelajar tersebut. Chewah...


Jadi, pergilah saya ke SK Kuala Muda pagi tadi, untuk membantu mak saya. Saya diberi peluang untuk mengajar set yang kategori Cemerlang. Tak ramai, 11 orang je. Mereka ini rata-rata dapat A dan B untuk Matematik.

Macam biasa, seperti newbie, tak kisahlah pelajar ke, guru ke, guru pelatih ke, peserta orientasi ke mesti akan diminta untuk perkenalkan diri. Jadi saya ceritakan lah serba sedikit mengenai latar belakang. :D

Ok, lepas selesai sesi kenal mengenal, maka bermula lah sesi pengajaran. Sesi pertama; buat sama-sama. Kami mulakan dgn kertas 2, yang kena tunjuk jalan kira tu... Ceh, tak ubah format sejak dulu ke?

Macam biasa, dalam kelas tipikal sekolah rendah, kalau kelas depan, akan ada golongan ni:


suka diam dan pemalu

suka tunjuk bagus walau tak bagus
suka tunjuk bagus dan memang bagus

suka merendah diri walaupun bagus

suka sembang

nakal

boys like girls, girls likes boys.

Dan macam-macam lagi.



Apa-apapun, itu cara mereka.

Dan sesi pembelajaran terus bermula. Kalau dah cikgu, memang suka bertanya. Nak tau juga sama ada mereka faham perkara yang kita ajarkan. Dan seperti biasa, cukup susah hendak keluar dari mulut soalan. Malu agaknya...

Kemudian, bersambung pula sesi ke dua. Saya berikan mereka latihan, buat sendiri, tanya jika tak faham. Tipikal gila kan?

Dan saya tak sangka pula begitu banyak datang tanya soalan. Haih. Jenuh menerangkan.

Setelah habis check jawapan, saya beri komen tentang tahap penguasaan mereka dalam menjawab kertas Matematik. Rata-rata masih lemah dalam segi asas. Uiceh, pandai lak mengomen... takdelah, kalau tak bagitau camne kan...

______________________________

Kesimpulannya


I think I did well today. But certainly it's not my thing.


Teaching is not about knowledge, it's about attitude.

Salute to all teachers~

Monday, June 7, 2010

Season 2 Ep. 8 : Air

Kesan kekurangan cecair

Kajian menunjukkan kehilangan dua peratus cecair badan boleh menyebabkan:


1. Lemah daya ingatan (ingatan jangka pendek)

2. Sukar membuat kiraan, walaupun yang mudah

3. Sukar memberi tumpuan terhadap perkara dilakukan terutama pada skrin komputer atau bahan bacaan bercetak

4. Tekanan darah menurun

5. Jumlah oksigen yang sampai ke otak berkurang menyebabkan rasa mengantuk

6. Lesu pada waktu siang

7. Sakit belakang

8. Dehidrasi

9. Sakit kepala

10. Memperlahankan kadar metabolisma

11. Meningkatkan risiko kanser usus, pundi kencing dan payu dara

12. Sendi dan otot mengalami kekeringan

13.Menyukarkan penyingkiran bahan toksik

14.Meningkatkan keinginan untuk makan

15.Darah menjadi pekat

16.Mudah keliru.

17.Degupan jantung meningkat

18.Menjejaskan tindak balas kimia dalam badan


_____________________________________

Saya perasan ramai dalam kalangan kita yang cukup malas minum air.
Tambah-tambah pelajar Melayu. [Bukan nak jadi rasis ok]




Paras garam akan meningkat apabila simpanan air dalam badan berkurang. Otak akan mengesan perubahan keseimbangan ini dan memberi isyarat kepada buah pinggang untuk mengurangkan kehilangan air serta mencetuskan rasa dahaga.

Bagaimanapun, cetusan rasa dahaga ini berlaku lewat. Biasanya apabila kita berasa dahaga, badan sudah kehilangan kira-kira dua cawan cecair badan. Kehilangan ini boleh menimbulkan pelbagai implikasi.

Air adalah unsur penting dalam badan. Badan lelaki membabitkan 65 peratus air dan 55 peratus bagi wanita. Air bertindak sebagai pelarut, penyejuk, pelincir dan agen pengangkut nutrien ke seluruh badan.

Badan mengalami kehilangan air sepanjang masa iaitu hampir 80 peratus sehari, walaupun kita tidak aktif. Kehilangan ini berlaku melalui air kencing, najis, peluh dan pernafasan. Setiap kali menghembuskan nafas, kita kehilangan air dalam bentuk wap. Jika dikumpulkan, kita mungkin boleh dapat satu atau dua gelas air yang hilang melalui pernafasan.

Ini sebabnya pakar kesihatan menyarankan kita minum sekurang-kurangnya lapan gelas atau satu liter air setiap hari. Sumber air bukan hanya daripada air minuman kerana ia juga ada dalam makanan, buah-buahan dan sayur-sayuran.



post kali ini saya tujukan kepada para pelajar khususnya sebab anda akan kerap menggunakan otak untuk berfikir. Daya tumpuan amat penting terutamanya dalam kelas. :)

Thursday, June 3, 2010

Season 2 Ep. 7 : Mengejar Mimpi

Memang tak mudah tuk mengejar mimpi
Bila keteguhan tiada di jiwa
Tetap tersenyum dan berdoa kepadaNya

Setinggi apa cita dan mimpi mu
Yakinlah jika kau bisa meraih
Dunia belum bersuara kemenanganmu

Jelajahi keindahan yang menjelma di hidupmu
Suara hati kan senantiasa berbunyi
Jadikan semangat untuk bermimpi!!!

Ayuh kawan kita kejar mimpi kita!


Cara saya mengejar mimpi???

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.



Bantal satu, couch yang selesa dan sebutir kipas.

Inilah cara saya kejar mimpi yang tak habis pagi tadi. Cara anda? :)


Wednesday, June 2, 2010

Season 2 Ep. 6 : Friendship


My current sanity. :)

Themes discovered: friendship, betrayal, price of loyalty, love, honor, guilt, fear and redemption

_______________________

dah lama berkeinginan nak baca, cuma tiada kesempatan...






.

Tuesday, June 1, 2010

Season 2 Ep. 5 : Mengapa?

Mengapa.

Mengapa tidak 'kenapa'?

Kerana Cikgu Norma cakap, 'kenapa' bukan satu kata tanya.
Kenapa = kena apa. *sebab tu kot*
Mengapa baru tepat.


Sudah.

Baru-baru ini, saya ada melakukan joyride di blog rakan-rakan. Terhibur juga membaca nukilan mereka. Cara penyampaian mereka berbeza-beza, namun masih mampu menarik minat pembacanya supaya terus membaca.


Ada yang secara berterus terang.
Ada yang secara bermanis-manis.
Ada yang menggunakan unsur ironi.
Dan yang paling saya suka; cryptic. =D

Mengapa saya suka menjadi "cryptic"?













.
.
.
.
.
.
.
.
.
.













Sebab suka hati saya lah!


_________________________________

Intipati posting kali ini ialah kita haruslah hormat-menghormati antara satu sama lain. Peribadi orang ni tak perlu dipertikaikan. Selagi peribadi seseorang tu tidak bertentangan dengan hukum agama atau songsang dengan fitrah insaniah, tak payah lah offensive sangat. Kita rasa tak sesuai sebab cuma tak kena pada budaya kita sahaja padahal benda tu biasa bagi kebanyakan orang lain. Selalunya, orang yang serang peribadi ini, dia tiada modal nak kata ataupun dia rasa diri dia bagus. =D


Bukan semua orang suka cicah mempelam putik dengan garam belacan.


p/s: satu lagi posting yang boleh diignore. penulis ketandusan idea. maaf metafora tiada mengena.