tadi saja2 search video pasal kucing dekat youtube, and this video came out.
My heart was very moved watching this. Buat keturunan pembela kucing macam aku ni, mmg diakui hati sangat mudah meruntun kalau2 tgk binatang comel ni. Rasa macam nak gomol2 je diorg tu. Disebabkan tertarik dengan kisah Hero ni, aku pun berminat pula nak masuk ke blog Tuan dia. Di bawah ni antara petikan dari blog beliau. Hayati
 ~~Al-Kisahnya Aku Dan  Hero~~
 Pada satu  hari di bulan Mei 2005 pukul 2pm di satu tempat ( saya baru  sahaja  berpindah ke tempat ini ), saya telah singgah di sebuah kedai  runcit  untuk membeli air. Setibanya di kedai, saya ternampak ada  sekumpulan  orang telah berkerumun di depan kedai tersebut. Apabila saya  menjengah,  saya ternampak HERO terbaring tanpa kaki hadapan dan dalam  keadaan  yang tercungap-cungap. Juga terdapat darah yang banyak keluar  dari  tempat lukanya. 
  Saya sempat bertanya kepada tuan kedai apa kena dengan kucing ini? Tuan   kedai tu cakap dia pun tak tahu. Lepas itu, ada seorang budak lebih  kurang umur peringkat awal  sekolah menengah mencelah dan berkata dia  ternampak ada seorang lelaki  yang menaiki kereta telah membuang HERO di  tepi longkang berhampiran  dengan kedai runcit tersebut sambil berkata  kucing ni bawak sial, selalu  curi makanan kat kedai dia. Ini  menunjukkan HERO didera di tempat lain  dan dibuang di tempat lain.
 Tanpa berlengah, saya terus ambil  HERO dan masukkan ke dalam bakul motor  untuk dibawa pulang. Aku sempat  balut dia dia dengan jaket motor aku untuk hentikan pendarahan,  Malangnya, aku tak cukup wang untuk membawa HERO ke klinik. Pada saya,  kalau dia nak mati, biarlah di rumah saya...saya tawakal jer ketika  itu...saya terkilan kerana tak dapat merakam keadaan HERO pada  masa itu  kerana pada tahun 2005 handphone berkamera masih baru  diperkenalkan  dan harganya agak mahal. Aku pula baru sahaja 2 minggu bekerja  dengan  company baru ni. Aku tak mampu nak beli handphone berkamera. Aku hanya  memakai hanphone NOKIA 3310 pada waktu itu. Ketika itu, aku masih  bujang. Tambahan pula wang perlu dikumpul untuk perkahwinan aku yang  bakal menjelang 3 bulan lagi ( Ogos 2005 )
 Lepas sebulan lebih merawat HERO,  dia semakin pulih ( saya pun hairan ) dan  dengan gaji pertama saya,  saya gunakan untuk membeli handphone berkamera  Sony Ericsson K700i.  Cara saya merawat HERO saya tak nak ceritakan di  sini sebab saya tak  nak ingat lagi perkara tu. Tak tau berapa banyak air  mata aku dah  keluar. Jadi, klip yang anda lihat selama ni menunjukkan  lukanya sudah  hampir sembuh. Aku agak terkilan sebab tak dapat rakam  lukanya pada  peringkat awal. Aku cerita skitlaa keadaannya....Keadaannya macam ayam  golek. Dia tak boleh  baring ke kiri dan ke kanan. Kejap2  bergolek...kejap2 bergolek... Buang air besar dan kecil mengiring..nak  letak dalam kotak salah, nak letak kat lantai pun salah...last2 aku  letak atas tilam bujang...hu hu hu...tilam tu aku da buang da....
 So, selepas HERO sembuh sepenuhnya,  begitulah keadaannya seperti yang  anda tonton dalam klip itu hingga  sekarang. Sebenarnya, ceritanya  panjang lagi dan aku tak nak ingat lagi  kisah tu. Tak penting pun. Sedih  lagi ade la..
 Moral of the story :
 1 ) Aku bukanlah hero atau wira  seperti yang diperkatakan. Aku pun  manusia seperti korang gak.  Bezanya  Allah telah amanahkan aku untuk  menjaga HERO.
 2 ) Aku sendiri tak tahu siapa yang  buat kerja keji ni. Budak tu ada  bagi tahu bangsa apa tapi aku diam  jer.
 3 ) Aku pun  tak tahu lelaki tu dari restoran mana apatah lagi kenal.
 4 ) Aku hanya jalankan  tanggungjawab aku. Bela HERO sampai ke akhir  hayat aku atau dia.
 5 ) Aku dapat anak sulung kembar  seiras tak disangka2. Comel plak tu. Mungkin ini satu anugerah dariNya  akibat menjaga HERO.
 6 ) Aku dapat isteri yang aku idamkan.
 7 ) Tiap kali aku ditimpa kesusahan,  pasti ada yang datang menghulurkan  bantuan.
8 ) Dulu aku tak pandai  berbelog...Facebook pun takde lagi masa tu...kalau ada pun mungkin aku  yang tak tahu...video HERO aku da upload kat youtube dah lama dah.  Sebelum KAKIMOTONG ni wujud lagi. Tapi takde sape yang ambil tahu pun.  Kerja sebagai kontraktor memang takde masa nak berbelog. Pada September  2009 barulah KAKIMOTONG ni wujud, itupun ntahapehapentah. Aku banyak  belajar dari KAIZEN.
9 ) Video yang aku buat ( Namun Ku Punya Hati ) bukan untuk  komersil. Ianya adalah lahir dari hati aku sendiri yang amat sayangkan  HERO dan juga sebagai kenangan antara aku dan HERO.
 Selepas ini, sesiapa yang nak  menulis artikel tentang HERO, bolehlah  direct copy cerita di atas dan  jangan cerita lebih2. Cukuplah dengan  gambar atau videonya sahaja.
So that was the story. Ini ada beberapa kisah menarik tentang kucing:
Abu  Hurairah r.a. sendiri digelar dengan nama tersebut juga  kerana kasih sayangnya kepada kucing. Dan pernah suatu ketika,  Rasulullah s.a.w. bertanya akan sesuatu yang berada dalam lengan  bajunya. Sesuatu itu tentu sekali kucing yang merupakan kegemarannya.
Rasulullah s.a.w.  sendiri menyayangi kucing. Ada suatu cerita mengatakan bahawa  ada seekor kucing tidur di serban baginda tetapi Rasulullah s.a.w. tidak  mengangkat pun kerana kucing itu sedang tidur. Juga di lain cerita,  Rasulullah s.a.w. pernah memotong lengan baju yang menjadi tempat tidur  kucingnya yang bernama Mueezza. (Info ini saya dapat daripada blog salah  seorang  hamba Allah s.w.t.)
1 comment:
My heart was moved as well. tersentuh gila weh..rasa mcm nak menangis.kesiannya.. memang la aku x suka bermanja2, atau mendekati binatang, tapi aku tak kejam sampai nak hurt depa tuh.
Post a Comment