Monday, June 7, 2010

Season 2 Ep. 8 : Air

Kesan kekurangan cecair

Kajian menunjukkan kehilangan dua peratus cecair badan boleh menyebabkan:


1. Lemah daya ingatan (ingatan jangka pendek)

2. Sukar membuat kiraan, walaupun yang mudah

3. Sukar memberi tumpuan terhadap perkara dilakukan terutama pada skrin komputer atau bahan bacaan bercetak

4. Tekanan darah menurun

5. Jumlah oksigen yang sampai ke otak berkurang menyebabkan rasa mengantuk

6. Lesu pada waktu siang

7. Sakit belakang

8. Dehidrasi

9. Sakit kepala

10. Memperlahankan kadar metabolisma

11. Meningkatkan risiko kanser usus, pundi kencing dan payu dara

12. Sendi dan otot mengalami kekeringan

13.Menyukarkan penyingkiran bahan toksik

14.Meningkatkan keinginan untuk makan

15.Darah menjadi pekat

16.Mudah keliru.

17.Degupan jantung meningkat

18.Menjejaskan tindak balas kimia dalam badan


_____________________________________

Saya perasan ramai dalam kalangan kita yang cukup malas minum air.
Tambah-tambah pelajar Melayu. [Bukan nak jadi rasis ok]




Paras garam akan meningkat apabila simpanan air dalam badan berkurang. Otak akan mengesan perubahan keseimbangan ini dan memberi isyarat kepada buah pinggang untuk mengurangkan kehilangan air serta mencetuskan rasa dahaga.

Bagaimanapun, cetusan rasa dahaga ini berlaku lewat. Biasanya apabila kita berasa dahaga, badan sudah kehilangan kira-kira dua cawan cecair badan. Kehilangan ini boleh menimbulkan pelbagai implikasi.

Air adalah unsur penting dalam badan. Badan lelaki membabitkan 65 peratus air dan 55 peratus bagi wanita. Air bertindak sebagai pelarut, penyejuk, pelincir dan agen pengangkut nutrien ke seluruh badan.

Badan mengalami kehilangan air sepanjang masa iaitu hampir 80 peratus sehari, walaupun kita tidak aktif. Kehilangan ini berlaku melalui air kencing, najis, peluh dan pernafasan. Setiap kali menghembuskan nafas, kita kehilangan air dalam bentuk wap. Jika dikumpulkan, kita mungkin boleh dapat satu atau dua gelas air yang hilang melalui pernafasan.

Ini sebabnya pakar kesihatan menyarankan kita minum sekurang-kurangnya lapan gelas atau satu liter air setiap hari. Sumber air bukan hanya daripada air minuman kerana ia juga ada dalam makanan, buah-buahan dan sayur-sayuran.



post kali ini saya tujukan kepada para pelajar khususnya sebab anda akan kerap menggunakan otak untuk berfikir. Daya tumpuan amat penting terutamanya dalam kelas. :)

4 comments:

Nor Syazwani Azmee said...

Ceceyhh. Tips best student perlis, ahemm. Fakta ini sememangnya ramai yang sedar. Haiiizzzz. Tapi, aku minum air 4 gelas pun tak sampai. Uwaaaaaa. Takut2!!!! =| Aku minum air time aku makan nasi ja. Dahla ayaq masak pun tak minum. Ayaq sejuk masak kadang2. Tiap2 kali ayaq maaaaaaanih ja! =.=' Okay2, aku nak minum byk2 la2 ni!!!! Patut budak2 cina klas aku pandai2. *gulp* (alasan)

Aziza Aini said...

weh..seriously, post hg kali telah kena btg hidung aku!wawawawawa..
Dulu tyme skola,aku bawak la btol gedabak aku tu ke hulu, ke hilir..x pnah kurang air dlm bdn..tp,dlm 8 bln aku cuti ni..tanda2 yg hg bagi hampir smua ada!!aduuhh..

Before aku post this comment, aku dah minum 2 gelas air mineral!
yeah!So,kudos to mokhzani for posting such a GOOD article..!

adwin H said...

kawan-kawan aku bawak air masak bergelen2 pergi sekolah, oh, mereka bukan melayu, dan oh, botol air mereka comel2 >.<

dayanaazhar:) said...

best student perlis>? wow...

anyhow, tulaa...kenapa, kebanyakan budak cina lebih pndai?? sebab mereka rajin minum air masak, air kosong, skyjuice....kadang2 bawak botol2 besar camtu...hulala