Monday, November 22, 2010

Season 3 Ep.10 : Which one?

Which one between these two do you think is more appropriate and practical action in moving on from somebody?



Talk like usual (be neutral)

OR

Less and less contact (or no contact at all)











.

Friday, November 19, 2010

Season 3 Ep.9 : If Forgetting Is That Easy

I have been watching some comedy romantic movies lately.
So last two nights, it was Flipped(2010) and last night; The Notebook(2004).
[thanks for suggesting these movies >.<]

So for tonight, it's "Eternal Sunshine of The Spotless Mind".
It's a story between nice Joel(Jim Carrey) and impulsive Clementine(Kate Winslet). So one day Clementine had a fight with Joel and she ended up having Joel erased from her mind. How?


So here's the deal; first of all, collect all those things related to your memories. next, bring them to the clinic which has the service of erasing your memory. They will map your brain which holds the memory with the person. When you want to sleep, take a pill prescribed to you. Later when u fall into deep sleep, their technicians will break into your home, set up some gadget-ty devices to your head and start deleting your memories. Simple isn't it?


Nevertheless, I am not to narrate the whole story or write a review here.
Watch it yourself or use Wikipedia.


The idea of erasing memories actually amuses me.
If the thing is really exist, I think I would go for that.
My friends would surely do that. :P


But to think again, if forgetting is that easy,
there will always be same easy chance of falling in love again,
and easy chance of being torn, hurt again.


Camne tu?




.

Wednesday, November 17, 2010

Season 3 Ep.8 : Note to Self and You



Please... please... please...

THINK
before you say or type something.

Some people are not ready to listen and digest the fact just yet.

Sunday, November 14, 2010

Season 3 Ep. 7 : Rezeki jangan dipersoal


kau ada kereta, aku cuma naik basikal karat
kau ada awek cun, aku skandal pun tak ada
kau score A* selalu, aku cuma harap lulus
kau rambut cantik, aku skin
kau peramah, aku pemalu
kau pakai laptop canggih, branded, aku pegi library je
kau handphone touch screen, aku cuma press keypad
kau body cantik, aku ni sebungkus tulang/segelen lemak
kau ramai friends kat FB, aku ni family ngan schoolmates je
kau pakai baju cantik, aku taram je mana ada
kau tiaptiap minggu balun kfc/mcd, aku mcEndon jadi pilihan

dan banyak lagi

walau banyak kelemahan,
kecacatan aku
walau banyak kelebihan,
keistimewaan kau

asalkan
aku syukur, kau syukur.
kita sama saja akhirnya.

>.<







.

Monday, October 25, 2010

Season 3 Ep.6 : Terus Mara!!!



FINAL...
I'M COMING FOR YOU!!!




but ... before that ...


cane ni? :|

Wednesday, October 20, 2010

Season 3 Ep. 5 : Nocturnal

It's Wednesday,
and never a six-hour sleep...
or maybe a five,
or a four...
*sigh*
xpe.. dua minggu je lagi nak exam...

Thursday, October 14, 2010

Season 3 Ep. 4 : Kosong

Have u ever felt,
one morning, when you wake up,
so lonely?

I did.

One day, all of us are going to part.
We know it already.
But we live in denial.
We lie to ourselves that they are always going to be there for us.
We could never prepare for, or even think about it.

But then, it just happened.
The night before, it was just as festive as if there was no tomorrow.
But the next morning, there's only silence.
They left you
or you left them.

When we are far apart, only then we can know the value of our friendship.
I'm sorry for all the mistakes I'd done.

Oh, how I miss our old days.
When everybody was so genuine and REAL.
When everybody was supporting each other.
When everybody laughed and sobbed together.

I miss you, friends...








Tuesday, August 31, 2010

Season 3 Ep.3 : Bersama Semula

Terkenang, Terbayang,
Tak dapat aku lupakan,
tapi sayang semuanya tinggal kenangan.

teman ku, kasihku,
ku ingin seperti dulu,
bersama menjelajah dunia.

kekuatan, kebanggaan,
bebas dan terus berjalan,
kenangan tak mungkin aku lupakan.

aku harap teman semua
dapat bersama semula
perjuangan kita masih belum pudah

c/o:
kemananya
teman setia
perjuangan…
ku ingin kau semua…
bersama semula…

(ulang c/o)


tahniah kepada kawan2 yang dah nak fly ke Egypt, Jordan, Russia lepas raya ni...

bilakah agaknya kita dapat bersama semula? T.T

Friday, August 6, 2010

Season 3 Ep.2 : Masih Hidup

Saja nak bagitau korang.

AKU. HIDUP. LAGI.







P/s: sori tak sempat nak update.
busy sangat. sangat2.
sori kak miza, tak sempat nak reply tag...

Wednesday, July 14, 2010

Season 3 Ep.1 : Kemaskini

Seperti kalian sedia maklum, 4 Julai lepas aku telah pun mendaftar di Kolej Cendana Seksyen 6. Seperti biasa, semua pelajar akan melalui minggu penyesuaian atau orientasi atau kalibrasi atau di sini, digelar MINGGU MESRA SISWA [MMS]
Rasanya sama saja dengan orientasi-orientasi di universiti lain. Pasti memenatkan tapi berguna di masa depan kelak.

Mungkin sebab benda ni pun dah lapuk, dan orang pun dah jemu nak baca pasal ni.

Tapi terdapat satu isu yang diketengahkan ketika berlangsungnya MMS.
Khusus untuk para blogger.

Pernah terjadi satu kes, terdapat seorang pelajar INTEC telah memburuk-burukkan staf INTEC di dalam blognya. Perkara ini walaubagaimanapun telah dapat diketahui oleh pentadbir INTEC. Akhirnya, pelajar tersebut telah digantung dan ditarik balik penajaannya.

Brutal pula dengar. Tapi memang benar. Even a simple mistake could lead to another bigger mistake. Biasalah insani normal kan, tak terlepas dari melakukan kesalahan. Kadang-kadang kita diberi peluang membetulkan kesalahan, dan kadang-kadang tiada peluang diberi untuk membersihkan kesilapan.

Jadi, intisarinya kita perlu berhati-hati dengan apa yang kita keluarkan dari mulut, jari dan segala macam lagi saluran dari jasad kita. Sometime, they just slip out of our fingers, us blogger. Jadi lepas ni, tak payahlah nak lepaskan semua yang terbuku dalam hati dalam entri blog. Ada benda boleh dikongsi, ada yang tidak.

Itu sajalah yang nak dipesan buat rakan-rakan blogger... Jangan sekali-kali mengkritik penaja anda, tempat anda belajar khususnya sebab mereka mungkin tak dapat menerima kritikan anda tu.

"Eh, tu hak bersuara saya la... Ape saye cakap benda betul ape"

Memanglah kita berhak bersuara, tapi biar pada saluran yang betul. Biar jadi gentleman, beradab. Apa barang komplen di blog... kan kan kan? :)


Saturday, July 3, 2010

Season 2 FINALE : Tanggal Percutian Berakhir

countdown pada pukul 1.35 a.m. 3 Julai 2010.

3 Julai bakal menyaksikan bertolaknya aku bersama keluarga ke Shah Alam.

"Barang semua dah ada ke? Beg dah cuci? Borang-borang dah lengkap?"

Ayat tipikal bagi mereka yang prihatin pada diriku. Terima kasih banyak-banyak.
Dari segi luaran, Alhamdulillah... 90% sudah siap.

Tapi dalaman macam mana? Terus terang mengatakan tiada terbuka lagi hati ini bagi menyambung pelajaran. Kadang-kadang rasa cemburu juga melihat kawan-kawan seangkatan dah mulakan kehidupan dunia baru di kolej. Nampak busy saja mereka itu. Padahal, baru awal pengajian.

Berbalik pada soal hati dan perasaan, saya lebih berkenan pada anak dara pakcik Fa... eh, ke situ pula. Tak.. sebenarnya saya sekarang ni diselubungi kepulan-kepulan asap dan aroma berunsur kemalasan. Bayangkanlah, hendak bangun ambil minuman pun sudah tak larat. Ditambah lagi dengan oksida-oksida karat di otak. Terlalu kuat gegaran yang diperlukan bagi menggugurkan selaput di otak nan merah jambu itu.

Banyak persoalan muncul di benak.

Bolehkah aku tamatkan pengajian AUSMAT ni dengan jayanya?

Apakah kehidupan di kotaraya metropolitan itu akan menggugat tumpuanku?

Bagaimanakah dengan orang di sekelilingku?

Adakah aku mampu menjadi ikan seperti di lautan yang isinya tak rasa masin walaupun terendam 24/7 dalam air garam berkonsentrasi tinggi?

Bagi mendapatkan motivasi, aku singkapkan semula nostalgia 2 tahun sudah. Ya, kemasukan aku ke sebuah sekolah berasrama penuh di bandaraya klasik Kangar. Persoalan sama juga muncul. Persekitaran menjadi serba baru. Macam-macam di fikiran. Eee, dah lah sekolah tak femes. Tambah-tambah lagi pada masa itu baru saja meningkat keremajaan. Akhirnya risiko diambil.

Akhirnya, alhamdulillah, aku berjaya melepasi waktu yang sukar itu. Memanglah tak berapa sempurna sangat sepanjang berada di sana, tapi biasalah; ada turun, ada naiknya. Yang penting ialah cara menghadapi dan menyelesaikan masalah itu.

Dan aku percaya, di tahap ini juga perkara yang sama akan berulang. Cuma lebih sukar dan semakin sukar. Peluang tiada banyaknya. Manfaatkan selama mana boleh. Dulu peluang selalu saja datang ketuk pintu. Sekarang tak dah.

Dengan pendirian baru saya ini, saya akan membenarkan kawan-kawan saya di INTEC untuk menegur saya secara langsung atau call mak/abah saya di rumah apabila melihat saya malas belajar atau menangguh kerja. Ini serius.

Tapi apa yang penting, walau di mana-mana sekali pun, positiviti itu penting. Memanglah nampak terlalu idealistik, tetapi itulah yang mendorong seseorang itu mencapai matlamat hidup.

Baiklah, sampai di sini saja penutup bagi musim penantian ini. Nantikan season seterusnya berkisarkan kehidupan saya di INTEC dan cita-cita murni. Pastinya lebih gagah, matang, penuh onak berduri dan lebih umpph!

OK lah, saya mahu sambung perkemasan bagasi. Assalamualaikum~


Tanggal baju dan seluar,
Wawa nampak mata jadi celik,
Esok awal pagi dah kena keluar,
Moga selamat pergi dan balik.



Friday, July 2, 2010

Season 2 FINALE Part 1 : Jet Plane

All my bags are packed I'm ready to go
I'm standin' here outside your door
I hate to wake you up to say goodbye
But the dawn is breakin' it's early morn
The taxi's waitin' he's blowin' his horn
Already I'm so lonesome I could die

So kiss me and smile for me
Tell me that you'll wait for me
Hold me like you'll never let me go
Cause I'm leavin' on a jet plane
Don't know when I'll be back again
Oh babe, I hate to go

There's so many times I've let you down
So many times I've played around
I tell you now, they don't mean a thing
Every place I go, I'll think of you
Every song I sing, I'll sing for you
When I come back, I'll bring your wedding ring

So kiss me and smile for me
Tell me that you'll wait for me
Hold me like you'll never let me go
Cause I'm leavin' on a jet plane
Don't know when I'll be back again
Oh babe, I hate to go

Now the time has come to leave you
One more time let me kiss you
Close your eyes I'll be on my way
Dream about the days to come
When I won't have to leave alone
About the times, I won't have to say

So kiss me and smile for me
Tell me that you'll wait for me
Hold me like you'll never let me go
Cause I'm leavin' on a jet plane
Don't know when I'll be back again
Oh babe, I hate to go

Cause I'm leavin' on a jet plane
Don't know when I'll be back again
Oh babe, I hate to go


Mode: Packing.

Monday, June 28, 2010

Season 2 Ep. 12 : Again


Now, it's Khalid Hosseini again...
:)



ish, sempat ke nanti2 nak baca ni?



TAGGED : Addiction

Thanks for the tag, Azim Jalil.

62%How Addicted to Blogging Are You?

Created by OnePlusYou - Free Dating Site



Now, I want to tag...

.
.
.


EVERYBODY WHO READS THIS CRAP.

Dah dah jangan tipu... Tipu dose... :)

Saturday, June 26, 2010

Season 2 Ep.11 : Berihsan Terhadap Makhluk Sealam

tadi saja2 search video pasal kucing dekat youtube, and this video came out.



My heart was very moved watching this. Buat keturunan pembela kucing macam aku ni, mmg diakui hati sangat mudah meruntun kalau2 tgk binatang comel ni. Rasa macam nak gomol2 je diorg tu. Disebabkan tertarik dengan kisah Hero ni, aku pun berminat pula nak masuk ke blog Tuan dia. Di bawah ni antara petikan dari blog beliau. Hayati


~~Al-Kisahnya Aku Dan Hero~~

Pada satu hari di bulan Mei 2005 pukul 2pm di satu tempat ( saya baru sahaja berpindah ke tempat ini ), saya telah singgah di sebuah kedai runcit untuk membeli air. Setibanya di kedai, saya ternampak ada sekumpulan orang telah berkerumun di depan kedai tersebut. Apabila saya menjengah, saya ternampak HERO terbaring tanpa kaki hadapan dan dalam keadaan yang tercungap-cungap. Juga terdapat darah yang banyak keluar dari tempat lukanya.

Saya sempat bertanya kepada tuan kedai apa kena dengan kucing ini? Tuan kedai tu cakap dia pun tak tahu. Lepas itu, ada seorang budak lebih kurang umur peringkat awal sekolah menengah mencelah dan berkata dia ternampak ada seorang lelaki yang menaiki kereta telah membuang HERO di tepi longkang berhampiran dengan kedai runcit tersebut sambil berkata kucing ni bawak sial, selalu curi makanan kat kedai dia. Ini menunjukkan HERO didera di tempat lain dan dibuang di tempat lain.

Tanpa berlengah, saya terus ambil HERO dan masukkan ke dalam bakul motor untuk dibawa pulang. Aku sempat balut dia dia dengan jaket motor aku untuk hentikan pendarahan, Malangnya, aku tak cukup wang untuk membawa HERO ke klinik. Pada saya, kalau dia nak mati, biarlah di rumah saya...saya tawakal jer ketika itu...saya terkilan kerana tak dapat merakam keadaan HERO pada masa itu kerana pada tahun 2005 handphone berkamera masih baru diperkenalkan dan harganya agak mahal. Aku pula baru sahaja 2 minggu bekerja dengan company baru ni. Aku tak mampu nak beli handphone berkamera. Aku hanya memakai hanphone NOKIA 3310 pada waktu itu. Ketika itu, aku masih bujang. Tambahan pula wang perlu dikumpul untuk perkahwinan aku yang bakal menjelang 3 bulan lagi ( Ogos 2005 )

Lepas sebulan lebih merawat HERO, dia semakin pulih ( saya pun hairan ) dan dengan gaji pertama saya, saya gunakan untuk membeli handphone berkamera Sony Ericsson K700i. Cara saya merawat HERO saya tak nak ceritakan di sini sebab saya tak nak ingat lagi perkara tu. Tak tau berapa banyak air mata aku dah keluar. Jadi, klip yang anda lihat selama ni menunjukkan lukanya sudah hampir sembuh. Aku agak terkilan sebab tak dapat rakam lukanya pada peringkat awal. Aku cerita skitlaa keadaannya....Keadaannya macam ayam golek. Dia tak boleh baring ke kiri dan ke kanan. Kejap2 bergolek...kejap2 bergolek... Buang air besar dan kecil mengiring..nak letak dalam kotak salah, nak letak kat lantai pun salah...last2 aku letak atas tilam bujang...hu hu hu...tilam tu aku da buang da....

So, selepas HERO sembuh sepenuhnya, begitulah keadaannya seperti yang anda tonton dalam klip itu hingga sekarang. Sebenarnya, ceritanya panjang lagi dan aku tak nak ingat lagi kisah tu. Tak penting pun. Sedih lagi ade la..

Moral of the story :

1 ) Aku bukanlah hero atau wira seperti yang diperkatakan. Aku pun manusia seperti korang gak. Bezanya Allah telah amanahkan aku untuk menjaga HERO.

2 ) Aku sendiri tak tahu siapa yang buat kerja keji ni. Budak tu ada bagi tahu bangsa apa tapi aku diam jer.

3 ) Aku pun tak tahu lelaki tu dari restoran mana apatah lagi kenal.

4 ) Aku hanya jalankan tanggungjawab aku. Bela HERO sampai ke akhir hayat aku atau dia.

5 ) Aku dapat anak sulung kembar seiras tak disangka2. Comel plak tu. Mungkin ini satu anugerah dariNya akibat menjaga HERO.

6 ) Aku dapat isteri yang aku idamkan.

7 ) Tiap kali aku ditimpa kesusahan, pasti ada yang datang menghulurkan bantuan.

8 ) Dulu aku tak pandai berbelog...Facebook pun takde lagi masa tu...kalau ada pun mungkin aku yang tak tahu...video HERO aku da upload kat youtube dah lama dah. Sebelum KAKIMOTONG ni wujud lagi. Tapi takde sape yang ambil tahu pun. Kerja sebagai kontraktor memang takde masa nak berbelog. Pada September 2009 barulah KAKIMOTONG ni wujud, itupun ntahapehapentah. Aku banyak belajar dari KAIZEN.

9 ) Video yang aku buat ( Namun Ku Punya Hati ) bukan untuk komersil. Ianya adalah lahir dari hati aku sendiri yang amat sayangkan HERO dan juga sebagai kenangan antara aku dan HERO.

Selepas ini, sesiapa yang nak menulis artikel tentang HERO, bolehlah direct copy cerita di atas dan jangan cerita lebih2. Cukuplah dengan gambar atau videonya sahaja.


So that was the story. Ini ada beberapa kisah menarik tentang kucing:

Abu Hurairah r.a. sendiri digelar dengan nama tersebut juga kerana kasih sayangnya kepada kucing. Dan pernah suatu ketika, Rasulullah s.a.w. bertanya akan sesuatu yang berada dalam lengan bajunya. Sesuatu itu tentu sekali kucing yang merupakan kegemarannya.

Rasulullah s.a.w. sendiri menyayangi kucing. Ada suatu cerita mengatakan bahawa ada seekor kucing tidur di serban baginda tetapi Rasulullah s.a.w. tidak mengangkat pun kerana kucing itu sedang tidur. Juga di lain cerita, Rasulullah s.a.w. pernah memotong lengan baju yang menjadi tempat tidur kucingnya yang bernama Mueezza. (Info ini saya dapat daripada blog salah seorang hamba Allah s.w.t.)

Tuesday, June 22, 2010

Season 2 Ep. 10 : Persediaan


Assalamualaikum

Lama dah tak update blog ni sejak pergi ke Kelantan hari tu. Rasa malas la pulak.
By the way, this is only a short and simple udpate.

Surat dari JPA dah sampai ke rumah. Ya, saya akan berdaftar di INTEC pada 4 Julai ni.
Tapi sebelum tu banyak la pulak benda nak kena fill up. Fed up saya.

Barang-barang pun entah mana hala lagi.

I just don't know where to start. Somebody please guide me?



Wednesday, June 9, 2010

Season 2 Ep.9 : Guru? Saya?


Seperti yang saya post-kan di laman profil Facebook saya,
ya, saya akan menjadi seorang tutor mengajar kelas tambahan Matematik untuk sehari kepada pelajar-pelajar yang akan mengambil UPSR tahun ini.

Hal ini terjadi sebab mak saya minta tolong saya ajarkan dan tunjukkan kepada pelajarnya cara menjawab soalan matematik. Selain itu, dengan resume saya yang kononnya sedikit memuaskan itu, saya juga diminta untuk memberikan inspirasi kepada pelajar-pelajar tersebut. Chewah...


Jadi, pergilah saya ke SK Kuala Muda pagi tadi, untuk membantu mak saya. Saya diberi peluang untuk mengajar set yang kategori Cemerlang. Tak ramai, 11 orang je. Mereka ini rata-rata dapat A dan B untuk Matematik.

Macam biasa, seperti newbie, tak kisahlah pelajar ke, guru ke, guru pelatih ke, peserta orientasi ke mesti akan diminta untuk perkenalkan diri. Jadi saya ceritakan lah serba sedikit mengenai latar belakang. :D

Ok, lepas selesai sesi kenal mengenal, maka bermula lah sesi pengajaran. Sesi pertama; buat sama-sama. Kami mulakan dgn kertas 2, yang kena tunjuk jalan kira tu... Ceh, tak ubah format sejak dulu ke?

Macam biasa, dalam kelas tipikal sekolah rendah, kalau kelas depan, akan ada golongan ni:


suka diam dan pemalu

suka tunjuk bagus walau tak bagus
suka tunjuk bagus dan memang bagus

suka merendah diri walaupun bagus

suka sembang

nakal

boys like girls, girls likes boys.

Dan macam-macam lagi.



Apa-apapun, itu cara mereka.

Dan sesi pembelajaran terus bermula. Kalau dah cikgu, memang suka bertanya. Nak tau juga sama ada mereka faham perkara yang kita ajarkan. Dan seperti biasa, cukup susah hendak keluar dari mulut soalan. Malu agaknya...

Kemudian, bersambung pula sesi ke dua. Saya berikan mereka latihan, buat sendiri, tanya jika tak faham. Tipikal gila kan?

Dan saya tak sangka pula begitu banyak datang tanya soalan. Haih. Jenuh menerangkan.

Setelah habis check jawapan, saya beri komen tentang tahap penguasaan mereka dalam menjawab kertas Matematik. Rata-rata masih lemah dalam segi asas. Uiceh, pandai lak mengomen... takdelah, kalau tak bagitau camne kan...

______________________________

Kesimpulannya


I think I did well today. But certainly it's not my thing.


Teaching is not about knowledge, it's about attitude.

Salute to all teachers~

Monday, June 7, 2010

Season 2 Ep. 8 : Air

Kesan kekurangan cecair

Kajian menunjukkan kehilangan dua peratus cecair badan boleh menyebabkan:


1. Lemah daya ingatan (ingatan jangka pendek)

2. Sukar membuat kiraan, walaupun yang mudah

3. Sukar memberi tumpuan terhadap perkara dilakukan terutama pada skrin komputer atau bahan bacaan bercetak

4. Tekanan darah menurun

5. Jumlah oksigen yang sampai ke otak berkurang menyebabkan rasa mengantuk

6. Lesu pada waktu siang

7. Sakit belakang

8. Dehidrasi

9. Sakit kepala

10. Memperlahankan kadar metabolisma

11. Meningkatkan risiko kanser usus, pundi kencing dan payu dara

12. Sendi dan otot mengalami kekeringan

13.Menyukarkan penyingkiran bahan toksik

14.Meningkatkan keinginan untuk makan

15.Darah menjadi pekat

16.Mudah keliru.

17.Degupan jantung meningkat

18.Menjejaskan tindak balas kimia dalam badan


_____________________________________

Saya perasan ramai dalam kalangan kita yang cukup malas minum air.
Tambah-tambah pelajar Melayu. [Bukan nak jadi rasis ok]




Paras garam akan meningkat apabila simpanan air dalam badan berkurang. Otak akan mengesan perubahan keseimbangan ini dan memberi isyarat kepada buah pinggang untuk mengurangkan kehilangan air serta mencetuskan rasa dahaga.

Bagaimanapun, cetusan rasa dahaga ini berlaku lewat. Biasanya apabila kita berasa dahaga, badan sudah kehilangan kira-kira dua cawan cecair badan. Kehilangan ini boleh menimbulkan pelbagai implikasi.

Air adalah unsur penting dalam badan. Badan lelaki membabitkan 65 peratus air dan 55 peratus bagi wanita. Air bertindak sebagai pelarut, penyejuk, pelincir dan agen pengangkut nutrien ke seluruh badan.

Badan mengalami kehilangan air sepanjang masa iaitu hampir 80 peratus sehari, walaupun kita tidak aktif. Kehilangan ini berlaku melalui air kencing, najis, peluh dan pernafasan. Setiap kali menghembuskan nafas, kita kehilangan air dalam bentuk wap. Jika dikumpulkan, kita mungkin boleh dapat satu atau dua gelas air yang hilang melalui pernafasan.

Ini sebabnya pakar kesihatan menyarankan kita minum sekurang-kurangnya lapan gelas atau satu liter air setiap hari. Sumber air bukan hanya daripada air minuman kerana ia juga ada dalam makanan, buah-buahan dan sayur-sayuran.



post kali ini saya tujukan kepada para pelajar khususnya sebab anda akan kerap menggunakan otak untuk berfikir. Daya tumpuan amat penting terutamanya dalam kelas. :)

Thursday, June 3, 2010

Season 2 Ep. 7 : Mengejar Mimpi

Memang tak mudah tuk mengejar mimpi
Bila keteguhan tiada di jiwa
Tetap tersenyum dan berdoa kepadaNya

Setinggi apa cita dan mimpi mu
Yakinlah jika kau bisa meraih
Dunia belum bersuara kemenanganmu

Jelajahi keindahan yang menjelma di hidupmu
Suara hati kan senantiasa berbunyi
Jadikan semangat untuk bermimpi!!!

Ayuh kawan kita kejar mimpi kita!


Cara saya mengejar mimpi???

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.



Bantal satu, couch yang selesa dan sebutir kipas.

Inilah cara saya kejar mimpi yang tak habis pagi tadi. Cara anda? :)


Wednesday, June 2, 2010

Season 2 Ep. 6 : Friendship


My current sanity. :)

Themes discovered: friendship, betrayal, price of loyalty, love, honor, guilt, fear and redemption

_______________________

dah lama berkeinginan nak baca, cuma tiada kesempatan...






.

Tuesday, June 1, 2010

Season 2 Ep. 5 : Mengapa?

Mengapa.

Mengapa tidak 'kenapa'?

Kerana Cikgu Norma cakap, 'kenapa' bukan satu kata tanya.
Kenapa = kena apa. *sebab tu kot*
Mengapa baru tepat.


Sudah.

Baru-baru ini, saya ada melakukan joyride di blog rakan-rakan. Terhibur juga membaca nukilan mereka. Cara penyampaian mereka berbeza-beza, namun masih mampu menarik minat pembacanya supaya terus membaca.


Ada yang secara berterus terang.
Ada yang secara bermanis-manis.
Ada yang menggunakan unsur ironi.
Dan yang paling saya suka; cryptic. =D

Mengapa saya suka menjadi "cryptic"?













.
.
.
.
.
.
.
.
.
.













Sebab suka hati saya lah!


_________________________________

Intipati posting kali ini ialah kita haruslah hormat-menghormati antara satu sama lain. Peribadi orang ni tak perlu dipertikaikan. Selagi peribadi seseorang tu tidak bertentangan dengan hukum agama atau songsang dengan fitrah insaniah, tak payah lah offensive sangat. Kita rasa tak sesuai sebab cuma tak kena pada budaya kita sahaja padahal benda tu biasa bagi kebanyakan orang lain. Selalunya, orang yang serang peribadi ini, dia tiada modal nak kata ataupun dia rasa diri dia bagus. =D


Bukan semua orang suka cicah mempelam putik dengan garam belacan.


p/s: satu lagi posting yang boleh diignore. penulis ketandusan idea. maaf metafora tiada mengena.

Monday, May 31, 2010

Season 2 Ep. 4 : Pesanan Buat Diri


Positifkan pemikiran kamu!!!
Kurangkan negativiti!!!





Wednesday, May 26, 2010

Season 2 Ep. 3 : Setia


Terima kasih kerana telah menjadi peneman setia, penghubung sirat sesama manusia.


Sayang kamu!



Monday, May 24, 2010

Season 2 Ep. 2 : Mari Mengaji!


Setelah digodek-godek dan dipesoh kotak A Level abang aku dan raga IB kakak aku.

Aku rasa ini antara yang berguna untuk semester pertama AUSMAT.






Season 2 Ep. 1 : Persediaan

23 hb Mei 2010, merupakan Ahad yang sangat sunyi.
Tetapi bukan yang paling sunyi.


Asasi UIA, UiTM, UM dan sebagainya.


Rata-rata sudahpun mendaftarkan diri mereka di institusi-institusi pengajian awam pada hari ini.


Habislah tawa hilai esakan mereka tiada lagi di Facebook.
Ok, ada Celcom SMS, ada WiFi, ada CC...

Cuma tidak sekerap dulu lagi.


.

Berkenaan saya pula, saya akan mula menyambung pengajian semula pada 4hb Julai ini di Kolej INTEC, Shah Alam.
Saya akan mengikuti kursus Australian Matriculation atau lebih dikenali sebagai


AUSMAT



AUSMAT merupakan kursus persediaan bagi melanjutkan pelajaran di peringkat Ijazah di Australia dan New Zealand khususnya, tetapi masih diterima di negara-negara lain seperti di UK, US, Canada dan sekitar Eropah. Alah, seperti program Matrikulasi KPM juga lah...


Pada mulanya saya menganggap program persediaan ini seperti biasa-biasa sahaja.
Tapi sangkaan saya meleset apabila saya melakukan pencarian di Google untuk AUSMAT.


Di forum-forum, ramai mengatakan AUSMAT merupakan kursus persediaan yang paling mencabar dan susah. *gulp*


Tambahan lagi, tempoh pengajian yang 1.5 tahun itu sangat stressful.
Yang dapat saya korek, untuk final 50% markah diambil daripada assessment(test, assignment, quiz etc) dan selebihnya dari peperiksaan bertulis. *gulp*


Selain itu, markah TER minimum untuk kemasukan universiti di New Zealand untuk kursus berkaitan perubatan ialah 99.
TER stands for Tertiary Entrance Rank. Lebih kurang seperti merit point untuk kemasukan ke IPTA. Berdasarkan senior saya, mereka sendiri "blur" dengan cara pengiraannya. *gulp*
"TER = tertiary entrance rank. nk terang cmna dorg count TER pon susah cuz ktorg sniri pon still BLUR. " - Shamiza Amira.



Saya juga telah mengkaji tentang peluang belajar Perubatan di NZ. Saya sedikit terkilan kerana hanya terdapat 2 buah universiti di sana yang menawarkan Perubatan.
University of Auckland and University of Otago.
Cara kemasukannya juga agak sukar kerana perlu temuduga dan perlu bertahan di tahun pertama. *gulp*


Lebih menakutkan apabila saya terima komen-komen seperti ini di Facebook dan blog.


"tanak takutkn mokhzani, tp few years bck, there were few studs taking ausmat (dentistry) if im not mistaken la. dorg passed d TER, tp x dpt tmpat kt U. cuz at dat time U nk 99."
- Shamiza Amira, senior saya di SMK Dato Onn Butterworth.



"Aus mat huh? Heard aus mat is like dragging yourself to the slaughterhouse (exaggeration if you will)."
- Ida Ruhidiba, bekas guru Bahasa Inggeris saya di SMSTSP.



"saje nk menakutkan ko..
org cakap, ausmat tu payah, lagi payah dari a level.. :P"
- Afiq Fadhli, ex-opponent during Kuiz Pengguna.



*gulp* lagi




Okeh. Setelah saya puas menelan air liur yang rasanya payau itu, saya terjumpa pula akan kata-kata ini daripada bekas lepasan AUSMAT.

"saya baru tamat pengajian AUSMAT yang memang mencabar kekuatan mental. konklusinya,

senang kalau berusaha.
susah kalau ambil sambil lewa.

senang kalau siap assignment di awal waktu
susah kalau last minute baru terkejar-kejar nak buat

senang kalau rajin buat latihan dan exercise
susah kalau asyik tunggu kerja dari lecturer (tu pon x siap buat)

senang kalau sama2 tolong menolong
susah kalau study sorang2"



"Ausmat ni.. kalau belajar rajin-rajin, pandai urus masa semua - insyaAllah takde masalah. Kalau nak kata tak boleh score, tipu lah, ramai je kawan-kawan lain dapat TER lebih dari 95. Berlambak-lambak.

Dari segi syllabus pembelajaran pun, Ausmat tak detail sangat kalau nak compare dengan ALevel. Saya dulu enjoy je amik Ausmat, sebab sy jenis tak suka stress2 sangat. Tapi sebab result test tak memberangsangkan, biasa la kalau ada mood swing sehari dua."




Guru juga turut memberikan ransangan...

"In any case, nothing in this world is easy isn't it? Just make sure that you're consistent in your studies. This is no spm. You work hard now and you will taste the sweet victory of your labourous effort in years to come."
- Ida Ruhidiba


Walaupun terima juga provokasi daripada orang lain, saya percaya

through provocation we learn.







__________

Good Luck for all Asasian friends who registered this Sunday. You all will always be in my doa.

Friday, May 21, 2010

Season 1 FINALE : Keputusan

Dari pukul 3 aku menunggu.
Janji melayu betul.

Akhirnya pada pukul 4
terbuka jua Gerbang Maklumat Modal Insan

aku masukkan angka kad pengenalan dan kata laluan,
lalu dengan lafaz Bismillah...
aku ketik butang "Masuk"

.
.
.
.





No. MyKad: 92072702****
Nama Pemohon:MUHAMMAD MOKHZANI BIN ISMAIL
Butiran Permohonan Pelajar
Maklumat Akademik Pemohon
Penaja:JPA [PERMOHONAN UNTUK KE LUAR NEGARA]

Kursus:PERUBATAN

Negara:NEW ZEALAND

Kursus/Tempoh Persediaan:AUSTRALIAN MATRICULATION (AUSMAT) / (1.5 TAHUN)

Tarikh Pendaftaran

:4 JULAI 2010 (AHAD)

Masa Pendaftaran

:9.00 PAGI
Tempat Pendaftaran:INTERNATIONAL EDUCATION CENTRE (INTEC)


KOLEJ CENDANA (SISWA)


JALAN RAJAWALI 6/6, SEKSYEN 6


40000 SHAH ALAM


SELANGOR
Keputusan Permohonan
  • Sukacita dimaklumkan bahawa saudara/saudari telah berjaya dipilih dan ditawarkan Biasiswa
  • Persekutuan di bawah Program Ijazah Luar Negara 2010.


  • Surat tawaran rasmi akan dihantar kepada saudara/saudari melalui pos setelah Jabatan ini mendapat
  • pengesahan penerimaan tawaran daripada saudara/saudari.


  • Sila klik butang [Terima Tawaran Biasiswa] sekiranya saudara/saudari menerima tawaran atau klik
  • pada butang [Tolak Tawaran Biasiswa] sekiranya saudara/saudari menolak tawaran. Sila sahkan
  • penerimaan/penolakan sebelum 28 Mei 2010 .

  • Sekian, terima kasih.


  • Bahagian Pembangunan Modal Insan
  • Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia


Syukur. Segala pujian bagi Allah SWT.

Sebelum ini aku mengharap agar mendapat tempat di Eropah.
Tidak terlintas sedikit pun hendak dapat di kawasan Australasia.
Tapi, apabila dah dapat macam ni, rasa OK juga.


Tapi ada juga antara kita kurang bernasib baik

" Jabatan ini telah mempertimbangkan dengan saksama permohonan saudara/saudari untuk mendapatkan Biasiswa Persekutuan bagi melanjutkan pengajian ke luar negara di bawah Program Ijazah Luar Negara(PILN) 2010. Berikutan bilangan tempat yang terhad (1,500) berbanding bilangan calon cemerlang yang memohon, (10,900) JPA tidak dapat menawarkan penajaan kepada saudara/saudari untuk pengajianke luar negara. "

Bagi mereka yang mendapat semakan begini, jangan bersedih. Kuatkan iman, terima qada' dan qadarNya, dan sentiasa ingat..semua yang terjadi pasti ada hikmahnya. Perancangan Allah itu tiada tandingan. Mungkin dengan ini akan beri lebih kekuatan untuk lebih berjaya.

Always see the other side of a coin.
Peluang sentiasa ada. Cuma bukan sekarang. :)
La tahzan...
Mulakan musim yang baru!

Bagaimanapun keadaan sekarang, aku ucapkan selamat maju jaya kepada rakan-rakan yang akan menyambung pelajaran tak kiralah Matrikulasi, Asasi, Diploma, atau Tingkatan 6. Andai kata panjang umur, pasti ketemu lagi.



.


Alhamdulillah... I'm now closer in my pursuit of Bachelor of Medicine and Bachelor of Surgery (MBChB in NZ).

Season 1 FINALE : Keputusan [Part 2]

2.50

2.55

3.01

3.10

3.15

3.20

3.25

3.28

3.29

3.35

3.40

3.42


3.45???

Season 1 FINALE : Keputusan [Part 1]



Keputusan permohonan Program Ijazah Luar Negara 2010 boleh disemak pada 21 Mei 2010 mulai jam 3 petang.

Good luck.

Apa-apa pun ketentuanMu, aku redha...

Thursday, May 20, 2010

Season 1 Ep. 6 : Persediaan


Yang ni untuk kelengkapan asrama.
Pakaian dan akademik dah beres.

Ada apa-apa lagi anda nak tambah?




Saturday, May 15, 2010

Season 1 Ep. 5 : Ketidakpastian

Photobucket
Paranoid.



Photobucket
Marah.



Photobucket
Bebai.



Photobucket
Terketar-ketar...

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.












Photobucket

Selamba je.

"One week to go, I hate JPA for not making urgent things urgent" - Farhana.Zain



Season 1 Epi.4 : Sokongan dan Kritikan

Photobucket

Marah.
Kerana kalah.

Malaysia kecundang kepada China di peringkat separuh akhir Piala Thomas.
Sebab ape?
Satu Stadium Putra terlepas maghrib.
"Ok, tak semua. Ada surau kot kat situ.
Diorg tu jamak takhir kot..."


Sebab prestasi kurang baik la berbanding China. Tu yang kalah tu.

Uber? Saya kurang ambil tahu.
Sudah terkeluar awal lagi.

Reaksi orang ramai?

Photobucket


Rata-rata memberi kritikan yang tak membina.


Cuba kalian-kalian tu yang main. Pancit kot.

Apa-apa pun, kita doakan yang terbaik kepada mereka dan berikan sokongan tak berbelah bagi agar mereka dapat memajukan prestasi mereka dalam jangkamasa 10 tahun lagi.

Photobucket
Yuk sokong Malaysia!



Walaupun agak terlambat nak post pasal ni, tapi aku nak gak... hehehe
dan secara serious, aku amat kecewa dengan pasukan Malaysia. Jujur. :(

Tuesday, May 11, 2010

Season 1 Ep.3 : Anakku Comel


"Comel kan? Muka macam saya la.."

Assalamulaikum wbt...

Hari ini, saya dengan segan-silunya ingin berbicara tentang

ANAK.

Berdasarkan asas pemikiran Islam, insan atau manusia ialah makhluk yang boleh berfikir, boleh menerima ilmu pengetahuan dan berkehendak. Manusia adalah
sebahagian daripada makhluk Allah SWT,
berketurunan Nabi Adam a.s.
dan dijadikan daripada tanah,

mempunyai akal fikiran,
nafsu
dan naluri
untuk melakukan sesuatu.


Cukuplah mengenai takrif itu saya sentuh.

"Sesungguhnya Kami telah mencipta manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya". Surah al-Tin, ayat 41.

Rasanya para pembaca sekalian pasti dah tahu kan keistimewaan diri kita sebagai makhluk terbaik dari segi kejadian. Jadi tak perlulah saya ulas lebih lanjut.

Kejadian Insan

Sesudah itu, mari kita lihat pula bagaimana proses kejadian manusia berdasarkan AlQuran.
Sila rujuk Surah AlMukminun ayat 12-14

Semuanya bermula di peringkat 1. nutfah ; percantuman sperma(benih) lelaki dengan perempuan

2. Alaqah iaitu setelah 40 hari kemudian nutfah akan menjadi segumpal darah iaitu alaqah(janin)

3.Mudghah; proses seterusnya selepas 40 hari alaqah berubah menjadi seketul daging(mudghah)

4. Pembentukan tulang dan daging; daging akan membaluti tulang dan membentuk lembaga manusia.

5. Allah SWT tiupkan roh ke dalam tubuh janin ketika usia 4 bulan.

6. Apabila genap tempoh 9 bulan 10 hari, bayi akan dilahirkan ke dunia oleh seorang wanita kuat yang sudah lali dengan keperitan. Selamat Hari Ibu...

Begitulah hebatnya proses kejadian manusia yang diceritakan dalam Kitab Allah SWT.

Berikut, kita singkap pula bagaimana Islam memuliakan kelahiran zuriat.

1. Sebarkan khabar gembira

Kelahiran bayi merupakan satu khabar gembira bagi setiap insan.

Seperti dalam sirah peribadi agung Nabi Muhammad SAW, kita dapat lihat bagaimana Thuwaibah, hamba kepada Abu Lahab yang menyampaikan berita keputeraan Rasulullah SAW kepada majikannya.

" Telah lahir seorang anak lelaki daripada Abdullah"

Maka Abu Lahab pada ketika itu dengan serta-merta memerdekakannya kerana terlalu GEMBIRA.

FUHHH....

2. Azan dan iqamat.

Tidak cukup dengan kegembiraan yang dibawa, Islam mensyariatkan pula agar azan dilaungkan di telinga kanan dan iqamat di telinga kiri.

Hadis riwayat Abu Rafi',
"Abu Rafi' berkata: "Saya melihat Rasulullah SAW membacakan azan pada telinga kanan Hasan bin Ali yang baru dilahirkan oleh Fatimah" [Hadis Riwayat Muslim (2145)]

Rasionalnya, kalimah-kalimah terucap disifatkan sebagai ucapan pertama yang meresap ke dalam hati insan yang baru lahir. Ia juga merupakan satu pernyataan syariat yang berperanan mendahului dakwah syaitan terkutuk dan mengekang arus nafsu syahwat.

3. Tahnik

Tidak cukup dengan itu lagi, Islam memuliakan kelahiran zuriat dengan menganjurkan tahnik iaitu memecah mulut bayi dengan makanan manis seperti tamar/kurma yang telah dikunyah.

Antara hikmahnya adalah untuk menguatkan saraf mulut bagi mempersiapkan bayi berkenaan untuk menghisap susu dengan sempurna.

4. Memberikan nama yang baik.

Selepas itu Islam menuntut pula untuk menamakan anak mereka dengan nama yang baik dan elok. Antara nama yang digalakkan adalah seperti nama-nama nabi, nama-nama yang diambil dari Asma'ul Husna dan nama-nama para sahabat.

5. Akikah dan bercukur rambut

Kadang-kadang diadakan sekali majlis akikah dan bercukur rambut. Semuanya memupuk perkara yang baik-baik kepada individu dan masyarakat. Hebat kan kebahagiaan yang dibawa oleh seorang bayi...

kalau secara halal...

TAPI TAPI TAPI

bayi dibakar


haish, ngeri

kasihan kan tengok gambar-gambar di atas...

Inilah akibatnya apabila semua benda dibuat secara haram.
Zina berleluasa dalam masyarakat.
Parah masyarakat kita. Kesian.
Masa buat tak ingat dosa, siap buat rakaman lagi tu. Tambah dosa orang lain pulak.


Mana khabar gembira untuk orang lain? Apakah kehadiran ku di dunia ini tak diperlukan?

Mana laungan azan di telinga kanan ku? Mana kalimah qamat kepadaMu?

Mulut ku tawar, hambar. Berikan aku sesuatu yang manis!

Siapa ibuku? Siapakah nama ku? Dengan siapakah aku ber'bin'kan?

Alamak! Aku terlepas majlis akikahku sendiri!

Astaghfirullah al azim...
Kan bagus kalau semuanya dibuat secara halal....

Kelahiran bayi sebagai penghubung jambatan kasih suami isteri adalah suatu rahmat Allah SWT yang tidak ternilai harganya. :)

"Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim... Jauhkanlah hamba lemahMu ini dari zina"










Monday, May 10, 2010

Season 1 Ep.2 : Alam Dewasa

Assalamualaikum wbt.

Semoga kalian berada dalam keadaan sihat dan dilimpahkan dengan rahmat kurniaanNya.


1. PROGRAM MATRIKULASI KPM

"Tahniah, anda telah berjaya ditawarkan ke Program Satu Tahun(PST) Matrikulasi KPM"
Kolej Matrikulasi Kedah. Kodiang, Changlun.
Aliran Sains
Daftar pada 10 Mei 2010

Petikan di atas membincangkan tawaran ke program matrikulasi atau lebih 'familiar' dalam kalangan lepasan SPM sebagai Matric.
ramai rakan saya ada di situ.
Baik dari SMKDOB dan SMSTSP.

Tapi tapi tapi

ketika saya sedang memupuk minat hendak ke situ,
tiba-tiba keluar pula ini...

2. UPU(IPTA)

TAHNIAH!

Anda telah berjaya ditawarkan program pengajian seperti berikut :


KOD PROGRAM : M0010

NAMA PROGRAM : ASASI SAINS HAYAT

IPTA : UNIVERSITI MALAYA (UM)



Dilemma datang menyerang lagi
=.="

Ada kawan excited nak pergi.
Ada kawan tak nak pergi langsung.

Pro dan kontra.
Situasi menang-menang.
Semua dah buat.
Akhirnya istikharah menjadi penentu.
Jadi saya berkeputusan akan mengikuti pengajian di Universiti Malaya.

Muktamad???

Belum... belum lagi...

3. JPA/MARA

Main tarik tali.
Penantianmu satu siksaan duniawi.
Macam-macam tarikh ada dengar.

12? 14? 17?

Yang pasti minggu ke 3 Mei.
Ikut kalendar lumba kuda, ya. Minggu ni yang ketiga.

Keputusan?
"Kalau kau mahu dan usaha kuat, kat mana-mana pun boleh"

Jadi saya berkeputusan akan menunggu JPA.
InsyaAllah...

eSILA, eSILI, eSILU.
Wa tunggu sama lu!


Semoga tuah menyebelahi anda kepada rakan-rakan yang dah mendaftar di matrik hari ni. Saya sentiasa mendoakan kecemerlangan anda~! Jangan risau-risau dan buat yang terbaik!

Season 1 Ep.1 : Sireh Pulang Ke Gagang



"Jalan raya terlampau sunyi
Untuk ku terus bermimpi
Mataku belum mengantuk lagi
Bawa ke mana sahaja kupergi"


Tunjukkan ku bulan gerhana
Tiada siapa nak ku jumpa
Benda yang tiada ku sangka ada
Tak mengapa oh tak mengapa

Sesat. Hilang. Lenyap. Sirna.


Semua ada.
Peninggalan yang dibuat semua tinggal tanda tanya.
Sebenarnya saat itu timbul kemaluan, aib.
Dulu beria-ria menyampaikan.
Tak disangka-sangka. Tak istiqamah.
Haih...

"Malam semalam gundah gulana
Hari ini hari mulia
Tak pernah daku rasa begini
Seperti mati hidup kembali"

Aku tak mampu menjawab apa-apa, rakan...
Hari-hariku; aku penuhkan dengan gundah-gulana buatanku sendiri.

Kenapa?

Sebab aku takut tak macam dulu, gentar. Apakah mereka masih dapat menerima aku seadanya? Orang lain berjaya mengikuti trend pem-blog-an terkini tapi aku rasa sedikit jahil. Aku terlalu memikirkan pendapat orang lain.

Tapi tapi tapi

Muncul rakan sebayaku tanpa kuduga
Almaklumlah, sibuk dengan orang Penang,
Sungguh sopan sekali tegurannya. Tersusun ayatnya. Sejuuuuk perut.

Memberi kata-kata peransang. Begitu subliminal.
Alhamdulillah, terbit sesuatu dari sudut hati
hendak mengemaskini blog ini.

TERIMA KASIH, ANAS.SAIFUDDIN

"Bawakan kuhilang dari ingatan
Hari ini sehingga esok
Tak pernah daku rasa begini
Seperti mati hidup kembali

"Angkasa penuh dengan berlian
Kucapai sebelah tangan
Sebalik awan ada cahaya
Bercahayalah selamanya"


Jadi, aku memohon maaf kepada rakan-rakan yang mengikuti blog usang ini kerana dibiarkan gersang terlalu lama.

*melankolia seketika*

Kupohon agar kalian lupakan kisah lama dan bersedia menghadapi perkara baru.

Rasa hebat dapat menulis kembali.

Kupohon juga agar kalian mendoakan aku supaya tetap pendirian dan sentiasa istiqamah. Respons kalian amat aku hargai. Teruskan menyokong saya!!!


"Daku tertawa seorang diri
Darah yang mengalir terhenti
Fikiranku melayang-layang
Tiada siapa yang perasan"

comel kan Pocoyo saya?

Rasa bangga dapat meneruskan legasi ini >.<~!

*Lyrics are from the song Mati Hidup Kembali by Butterfingers. Credits. And merits.